Sunday, February 15, 2009

meNcaRi erTi keHiduPan

Hidup adalah satu perjuangan yang tidak berkesudahan. Tanpa perjuangan atau matlamat umpama jasad tanpa nyawa. Dan sebagai semulia-mulia makhluk ciptaan Allah kita hendaklah sentiasa tahu akan tujuan dan matlamat dalam kehidupan. Ke mana, di mana, dengan siapa, bagaimana, bila, untuk siapa, adalah sebahagian persoalan yang sentiasa berlegar di minda yang menyebabkan manusia itu akan merenung panjang akan kehidupan yang di lalui. Dan di dalam perjuangan mencari keredhaan ini AKU mengharapkan rahmat dan hidayah dari ZAT Sekalian Alam agar sentiasa melindungi dan mengurniakan petunjuk agar AKU sentiasa berada di landasan kebenaran. Buat teman-teman yang mengerti akan perjuanganku, bantulah dan berikan AKU kekuatan dan sokongan agar AKU mampu melalui kehidupan yang serba mencabar ini supaya matlamat hidup AKU sebagai mana yang telah AKU janjikan kepada ZAT yang ESA ketika AKU di lahirkan akan terlaksana dengan sempurna. KERANA CINTA YANG ABADI ADALAH BUAT PENCIPTA YANG AGUNG. Dan dalam mencari keredhaannya, biarlah seribu satu dugaan dan bebanan yang datang nescaya akan ku terima dengan penuh kesyukuran. MENCARI PAKU DI DALAM PAKU, PAKU DATANG DARI SEBERANG, CARILAH AKU DI DALAM AKU, AKU BERSEMBUNYI DI DALAM TERANG.....

3 comments:

  1. yeke ko duk dalam tempat terang
    bkn ke kat lorong2 gelap

    ReplyDelete
  2. chayok! chayok!! semoga ketemu apa yg diimpikan..

    ReplyDelete
  3. awek lu muke cm artis la wehh....




    p/s...mne tag tu aku x jupe pon

    ReplyDelete